Wednesday, October 21, 2009

TEMPAT KENANGAN AKU yang kelako

Sebenarnya aku pun tak tau kelako ke tak...pasal aku tak reti nak cite... korang baca je la.


1. Longkang depan rumah
-masa tu baru nak try bawak motor , terpulas laju then terus masuk longkang ( agak besar
gak longkang tu) nasib baik tak ada apa yang patah. Sampai skang tak berani bawak motor.

2. Kat Sekolah
- Terjatuh dari kerusi, masa tu nak duduk tersalah parking then terjatuh, budak2 kelas
gelakkan aku., masa tu darjah 6. kelas tu paling hujung sekali.

3. Kat sekolah rendah, Selepas maghrib
- Kat sekolah memang nakal, kebetulan lepas maghrib ada kelas tambahan utk UPSR waktu
malam, kawan aku pakai baju kurung masa tu, seorang lagi kawan aku yg nakal tarik kain
kawan aku ni samapi ke bawah nampak betis dia.... sian dia... skang ni "mangsa" kerja kat
pertubuhan peladang.

4. Shampoo rambut jadi pencuci muka
- biasa la berangan lebih.......... huhuhu

5. Kad kuasa jd kad pengenalan.
- biasa la kelam kabut upacara akad nikah, lepas maghrib, aku dengan serabut orang nak
yang nak mekap pakai baju yang dah tak muat (kawin bulan 5 bulan 1 dah booking) , masa
tu diaorang sibuk mintak kad pengenalan, kebetulan masa tu kad kuasa warna biru seakan2
kad pengenalan, tanpa membuang masa aku pun amik la kad tu dalam wallet, tak lama
lepas tu diaorang pulang balik, " baru tahu cucu ada yang jadi penguatkuasa" katanya. Mak
andam pun amik kad tu "ooooo penguatkuasa rupanya".... aku pun segan la "sori2 tak
perasan la". Nasib baik kad kuasa skang dah warna pink... huh.

6. Lepas seminggu kawin then jemputan sebelah rumah hubby aku di muor
Lepas majlis bertandang, esokknya pagi aku monyok, badan sakit2 terutamanya di
pinggang. Masa tu tak terpikir plak orang lain akan pikir benda lain. Masa tu otak masih
"suci" lagi. Aku dgn jujurnya berkata "sakit pinggang la"....... masa tu ada makcik2 dia kat
dapur diaorang senyum2 diaorang cakap " besa la orang dah kawin ni memang badan
sakit2".... dalam hati aku "alamak aku tersalah ckp ker????" smpai skang segan sendiri......



korang jangan gelak tau!!!! jangan..jangan

1 comment:

En Hatta said...

tak kelako pun...huhuu

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin