Tuesday, June 30, 2009

Terima Kasih

Terima kasih kepada Khalifah Fedi kerana sudi jadi folowwer ku yang pertama
org yang memberi dorongan suh aku buat blog diantara dia lah orangnya
beliau seorang blogger yg ramai pengikut
mantap gitu...
yang baru baik dari majuk ngan "budak kecik" gitu?
ntah itu la yg ditulis dalam blog dia.... jgn marah ye KF

antara yg baik dengan teman2 baikku (widya,liza,zila.amyliza) di poli jb dulu,
rakan baik kepada arwah alias,iaitu bekas suami zila.

Penat

Kepenatan masih terasa..
entahlah...
kurang stamina kot
kekurangan pengambilan suplement
atau diriku makan banyak sgt benda2 yang berlemak dan tidak berkhasiat
minggu ni naik keje ...setelah seminggu berkursus
soalan dari kwn melemahkan aku
" nampak letih je?"
soalan itu ada kebenarannya

1. hari jumaat habis kursus
- ajak hubby g midvalley, ttp tersesat g damansara
ape lg shopin kat ikea la. sampai penat lutut2 aku dibuatnya
leas tu singgah the curve jap then terus balik

2. balik terus g muar amik anak kat mak mertua

3. 9.30 mlm terus berkejar balik ke melaka pasal abg n kwn2 nak dtg umah jln2 kat melaka

4. esoknya bgn pagi buat sarapan

5. tengahari masak lagi
begitulah sterusnya -+ sampai ari ahad

6. melayan anak2 yang buat hal, balas dendam ibunya tiada seminggu

7. ari ni baru ok sikit


tapi kalo dingatkan kursus tu mmg sakit kepala aku
mana taknya, belajar kimia siot
mau tak sakit kepala otak aku yang tak ade basic kimia nih....
pastu ade exam lak tu
nasib baik tak diambik kira sgt la

Thursday, June 18, 2009

hubby with alya batrisya







Penatnya

Penatnya hari ini.... kena kerja luar. Baru balik.... tapi luangkan masa sikit untuk blog aku ni...
banyak benda yang belum dibuat lagi....

1.bayar duit buku magic english anak
2.nak beli kasut tapi dah penat
3. ader surat register kat pejabat pos belum amik.
4. baju anak belum kemas nak hantar balik kg coz next week kena kursus.
5. baju aku pun belum kemas nak g kursus.
6. barang dalam peti dah habis.. jawabnya g cari makan kat pasar mlm lagi la

terasa sakit kepala ni...
tak tau nak ckp aper lgi.

Monday, June 15, 2009

suamiku


sifat suamiku

1. sorang yang gila2
2. baik
3.sangat peramah...kdg2 bila la nak balik laki aku ni
4. menghormati org tua
5. pandai ambik hati
6. pemaaf
7. selalu ucap terima kasih padaku...aper2 ajer yang aku buat...
8. sangat rajin kemas rumah... tapi aku yang nyepahkan
9.penyayang
10. kdg2 romantik kdg2 tak..
11. penyabar
12.boros aku pun boros gak..
13. kdg2 ader sedikit garang....... takutnyer....hihi
14. Matang...

kisah cintaku berputik ketika aku menghadapi kekecewaan yang gila2...
amat perit ketika itu.....
ketika aku aku hanya berkawan..... aku sering meluahkan rasa hati...dan dia sering mengambil berat.... paling tak dapat dilupakan ktika aku duk hostel aku demam batuk dan selsema....... dia datang bawa ubat.. terharu seh...
sejak dari itu hubungan jadi rapat......
i love u hubby......rakan2 pun ckp hubby aku baik. diorang yang bagi dorongan supaya aku berkawan dengan hubby dan alhamdulillah sehingga sekarang......

Diriku saat ini

saat ini sambil mendengar radio fly fm....

sambil mengutuk budak2 dalam bilik ni....
yg tengah kehilangan diari ...
rakanku yang lain bertanya... diari aper...?
dan aku pun menyampuk..."diari seorang gay"

marah gila mamat tu...hukhuk..huk
sorry la budak... ko kan tau mulutku mmmg begini........


ok la ...ni sedikit sifatku kuceritakan......

1. seorang yang pendiam...akan tetapi akan jd becok jika orang ngutuk..ngaco....dan bila tiba2 mulutku dah tak reti diam

2. seorang yang penyanyang... tapi garang...... macam singa daaa....

3. tak berapa cantik tapi syukur nikmat yang Tuhan bagi cukup sifat........

4. Sangat setia pada cinta... tapi akan kecewa gila2 bila dpt tau dipermainkan.... awas ye Hubby...

5. seorang yang pemalas tapi akan rajin bila datang perangai buang tebiat...kalo kat umah tu husband jer yang rajin kemas.......turn aku memasak ngan jaga anak

6. suka ngadap komputer... sampai bdk2 heran duk melekap jer... dah keje aku masuk data nak buat mcm mana mat oii.....

7. ader seorang suami yang sangat penyayang dan kdg2 garang gak dia tu..kdg romantik tiba2 hihihi dan 2 orang anak perempuan..........yang kdg2 baik kdg2 nakal mcm ayahnye masa kecik2 dulu... hihi tak ngaku nakal aku ni....wawawawa....

8. hubby orang Muar dan aku org Kuantan

9. Hubby berdarah jawa dan aku berdarah melayu.... tapi ader campuran jawa gak... keturunan keberapa pun dah tak tau........ bapak yang ckp........

10. jumpa hubby masa study kat poli jb.. mechanical department...senior ngorat junior... aku la junior tu........huhuhuu......... jumpa hubby tahun 2000.. dah bape tahun yek skang???

11. kawan yang knalkan ... muadzam .kat mana ko skang?

12. masa tu jual mahal.... ntah la pasal ader org lain kot....

13. kwn rapat kat poli dulu; kak sal, kak siti, shila tiger, ima budak bangi, widya ,liza, zila, fara(selalu bawa makanan pasal dia org jb).

14. roomate aku hasnita...kejap gaduh kejap baik...tapi mmg baik....kat imegesen melaka dah...










Friday, June 12, 2009

Petua Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.



5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.



6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.



7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan



8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%9.
KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita



12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.



13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....



15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.



16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K



1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

DIPETIK DARI SLAH SATU BLOG... TAPI TERLUPA APER BLOGNYA...







Thursday, June 11, 2009

Mari Baca ini Kisah

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk,
koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia

ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi
hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo

berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri
Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.

Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang
sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan

selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana

terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu...... Ambik le

iktibar

benda yang cantik



cantik kan....
saya suka benda2 yang colourfull ni.. kasi segar sikit mata..hukhuk

Birthday Adik

Birthday si kiki ni semalam. Saja la keluar bawa pergi keluar makan nak celebrate...tapi yang tak bestnya si kiki ni sejak akhir2 ni dia suka mengamuk kat kedai makan...Ape lagi terbantut la mood ayahnya tu nak celebrate birthday anaknya.. Nasib baik la dapat Ibu yang pandai memujuk... hai dah 2 tahun dah si Kiki ni. Adik dah besar panjang ye...jadi orang yang baik, berbudi bahasa, dengan cakap Ibu dan Ayah dan ibu doakan adik berjaya di dunia dan akhirat. Amin

Wednesday, June 10, 2009

idup aku



kehidupan ini sukar untuk dimengertikan,
menjadi seorang isteri dan ibu kepada 2 org puteri yang sangat comel.
kadang2 macam sebuah mimpi jer...
tapi kena terima hakikat hidup dah semakin tua......

Alhamdulillah... Allah temukan jodohku dgn seorang insan yang sgt baik.
Terima Kasih Tuhan.....
Kadang2 kita tak tau kekecewaan dulu menemukan ku dgn cinta sejati...

Kini hidupku penuh dengan warna2 kebahagian....
suami yang penyayang, rajin dan hormat org tua, that y jd menantu kesayangan,

2 orang puteri yang sangat cantik menceriakan hidupku...
Terima Kasih anugerahMu Tuhan...........
Aku bersyukur.......















Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin