Friday, September 25, 2009

not feeling very well

today first day naik opis after raya... tak berapa sihat kepala pening... kena selsema. tekak sakit ni... nak drive tengah hari pun tak boleh terlampau panas kat luar... sunglases pecah anak kerjakan. dok je kat opis .. yang ado pun ada la spoluh orang ... tapi masing2 g sembahyang jumaat
layan je la internet... membebel je la keje aku... nak cakap banyak tak boleh tengah sengau nii huhuhu

Friday, September 18, 2009

senarai barang nak bawak balik









assalamualaikum..

hari ni opis lengang...... kebanyakan diaorg dah cuti semalam....
Tinggal beberapa kerat je orang melaka kat sini....
yang jauh besa la awal2 lagi dah mintak cuti

aku???
emmm besa la balik umah mak mertua lewat2 sikit pun tak pe.... ala dekat je bukit gambir, muor...

Kuih raya????
tadi lepas sahur dah masukkan kuih raya dalam bekas.... mana tahu kot balik raya ada pulak nak datang beraya.

Duit raya???
emmm separuh dah masuk sampul and separuh lagi belum....

Baju raya ???
Baru basuh dah sidai kat luar umah, tapi pagi ni hujan... terkena tempias la nampaknya pasal umah sebelah tak der awning(betul ke eja awning nih???)

Kasut Raya ???
Belum beli lagi baik anak baik aku...
tak sempat la... dulu nak beli awal2 takut nak bawak anak keluar pasal H1N1.

nampak gayanya kena keje 1/2 hari le baju lum packing.. petang kang nak berbuka kat umah mertua.


senarai keperluan nak bawak balik:

1. Of Course la baju raya
2. susu anak
3. pampers anak
4. duit raya
5. barang mandian
6. Tuala mandi
7. baju basahan
8. kuih raya untuk umah mak dan mak mertua
(kek kukus order kat makcik sebelah umah RM 40 seketul besar)
9. Baju raya mak, abah, tuk, adik (umah mak mertua dah bagi)
10. bakul utk baju kotor
11. Bunga api hehehe (husband punya)
12. Kerongsang dan kopiah


emm sebelum balik nak pastikan;

1. semua suis bertutup
2. nak cabut kepala wayar dapur gas
3. nak beli mangga pintu
4. nak clearkan peti sejuk tapi tak bole matikan course ada kek lapis
5. Nak basuh kain lap

dah siap semua diatas baru la boleh balik. Kepada semua saya Ucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin.














Thursday, September 17, 2009

dapur tak berasap

emmm asalamualaikum dan selamat pagi semua.....
First of all thanks to JASA coz sudi follow blog ni. nanti saya follow blog en JASA.

terasa agak penat hari ni walhal baru masuk keje... kepala berserabut ni.. kawan husband nak berbuka kat rumah... memikirkan menu yg hendak dimasak...........

aduhai....barang2 dapur semuanya dah habis......... nak masak mcm mana ni??? pada aku yang paling senang tom yam je... tapi semua barang dah tak der... nak g beli time bile... dah malas nak sepahkan dapur..... rumah pun skang ni mcm tongkang pecah.........

mana nak kemas rumah nak masak.... aduhai......
balik samapi rumah dah pkul 5.30 nak potong itu ini tak sempat beb dgn keadaan umah aku skang ni.......

Baju & barang2 nak bawa balik kg tak packing lagi...esok petang dah nak balik...huhuhu jiwa kacau......

Ajak berbuka kat luar tak mau.... last2 ku beli makanan dah siap je... tak merasa la air tangan aku ni...... sori ye kwan2 husband aku yang seramai 6 orang tu........

Tapi memikirkan pinggan yang tak cukup serabai lagi.... last2 bagi pinggan kertas je kang ni.. Macam ni la hidup wanita yang bekerja yang dapur 1/2 bulan berasap dan 1/2 bulan tak berasap. ...

malam tadi pergi baazar taman cempaka.. perghh ramai gila orang. nasib baik anak aku dipakaikan baju nipis2 je... kalo tak mau berpeluh... dapat la tudung 2 helai baju anak and kopiah hubby aku. balik kul 12.00 sampai rumah....... tu yang lepak sampai skang....

kepada yang baru nak bershoping tu selamat bershoping... opps teringat janji hubby nak g al ikhsan nak beli sandal nike.

Wednesday, September 16, 2009

kad raya dari KF




salam dan selamat pagi semua... em semalam dapat kad raya dari KF a.k.a Khalifah Fedi. Semoga raya tahun ni meriah dengan baju raya warna biru beliau hehehe. Tima kasih KF

Monday, September 14, 2009

Dapat kad raya




eem 2 days ago.. tak tau pun dapat kad raya coz balik umah mak mertua tak sempat nak layari internet.... . terima kasih kepada uncle dot bagi kad raya.......kepada pakcik dot jgn sedey x dapat bonus... mana tau tahun depan dapat 2x ganda...

Alhamdulillah dapat bonus 500/2 dari gov. ok la tu daripada tak der... sapa mau bagi... at least ade gak la sumber2 yang boleh membantu selepas raya... tapi masalahnya skang duit tu tak masuk lagi.... bila agaknya mau masuk...???? takkan sehari sebelum raya??? tungguuuuu dan sabar saja la...............

emmm sebut pasal umah mertua tahun ni balik muor petang baru balik pahang..... tapi semalam penat betul ... kena buat kuih raya (kuih tat) & masak2 ( 5 jenis masakan) nak bagi umah sedara mara..... orang jawa call "mengunjung". biasanya masak dalam tempoh 1 minggu - hari raya... dalam tempoh tu meka tukar2 makanan... that why org jawa call "mengunjung".

lain plak dengan adat kampungku.....
biasanya pagi raya pergi ke masjid setiap wakil rumah akan bawa makanan dan makan ramai2 kat masjid.... ok gak masa tu ramai2 berkumpul kat masjid maaf-maafan selepas sembahyang raya dapat makan....macam2 ada........ kalo tak sempat datang umah dah maaf-maafan kat masjid kan.....



ni pula dari kad raya dari blog eazy. Tq to eazy

Thursday, September 10, 2009

Ceramah

selamat pagi semua.. emmm hari ni aku ader ceramah pasal Rumahku Syurgaku....... bulan puasa ni adalah lebih baik cuci telinga kita dengan mendengar dan menghadiri majlis2 ilmu sebegini.... lagipun ia dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dan dapat meningkatkan imu pengetahuan.

esok pun penuh gak jadual aku ni... after perhimpunan pagi terpaksa pergi ke Sri Negeri untuk Program Pementoran dalam Pentadbiran Awam. Sampai kul 12 tgh. and affter that waktu untuk shoping la......... tapi kan hari ni start sale kat parkson 80 % diskaun tau........ ni yang buat hati tak tenteram nih..hua..hua

Tuesday, September 8, 2009

My First Award



happy nya dapat Award dari Oja. FYI this is my first award . TQ so much to Oja coz sudi bagi award ni kat saya. Kepada kengkawan semua sila la lawat blog Oja http://leeza.blogspot.com/ segalanya di sini.

Ok la today saya ada satu bengkel kursus untuk Melayan Karenah Pelanggan. Satu Hari bengkel ni smpi pkul 5ptg. Tu la org dalam dunia ni mcm2 karenah tak kira la sama da keje dipasaraya ke kerja sebagai orang kerajaan ke.. semua kena melayan karenah pelanggan yang bermacam2 ni... kadang2 soalan yang tak pernah kita terpikir pun dia orang tanya...
well semoga segalanya dapat di improvekan dalam bengkel ni." Semoga saya terus suksess". Aik wish diri sendiri la plak. ..

ok la bengkel dah nak start. Bye....



Friday, September 4, 2009

Poco-Poco Yang Tersirat


to all my friend & followwer I get this from my email...saya sengaja tak mau edit this email dalam blog ni ..... jom baca ni................




Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalamPLKN, secara paksa rela). Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.

Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar.

Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tan tan g tarian pocoh2 yang

sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya

masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2

kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tan pa usul periksa.

Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....

Oniemia: Budaya org Malaysia suka ikut apa org luar buat.... Teringat pada salah seorang cikgu saya masa di sekolah menengah dahulu... dia cakap " mungkin ini balasan Allah padanya kerana mengajar orang menari kerana itu saya sering sakit kaki" ... May be ada benarnya kata-kata cikgu saya itu Allah balas di dunia supaya di akhirat esok beban siksaannya ringan.


Thursday, September 3, 2009

Ladang Cili

em hari ni after siap keje kitaorang lawat ladang cili Lan.. emm banyak tempat upernya ladang dia ni.... ekceli lan ni opis mate kitaorg... seorang yang sangat kuat keje... kat opis pun rajin.. kat umah pun rajin...

after balik keje buat keje kat ladang cili.... Ruper2 nya dia pun tengah buat rumah sendiri.... dasyat la mamat ni... tabikkkk.........


ni la muka2 yang ader mengerjakan cili2 tuh...







model- model ladang cili.



oi cik adik dah bayar duit belum???



tu tauke cili yang baju bewarna putih.








emmm best tau.. segar mata memandang......... pastu balik dah lembik badan...penattt.









Wednesday, September 2, 2009

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat - H1N1 (Perlu Baca)

Dah lama tak update blog coz last week sibuk n then cuti. Kat umah plak tak sempat nak bukak lap top... ada satu benda yang boleh kongsikan bersama.

untuk para pembaca dan followwer . Saya dapat benda ni daripada email saya. may be boleh kita share untuk pengetahuan bersama.... Semoga Allah melindungi kita. Amin


Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................ Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.

2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?

3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.

4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala

5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi.... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah

2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan

3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.

4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Sekian terima kasih









Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin