Thursday, November 19, 2009

kena g kursus BTN daa....

uwaaaaaa... mcm mana ni????


kena g kedah daaaaa......... dah la sampai 17 hb dis . pastu next day nak g cameron tu... sempat tak nak balik?????????????????? ummmmmmmmmmmm camna ni????????????

Thursday, November 12, 2009

my love my heart





actually ni gambo raya puasa lepas....... belum terlambat kan publish sebelum raya haji yang datang......... masa ni aku tak sempat nak bergambar pasal sibuk makan kat dapur........... sebab tu gambar huby with little princess je yang ada


Tuesday, November 10, 2009

Audit datang.........

salam...emmm lama tak updet ...

satu hari dok kemas apa yang patut, sampaikan rakan rakan dalam bilik ni panas buntut di buatnya coz aku sibuk berkemas........ hahaha...
last-last dia orang terjebak jugak dengan aku....sibuk kemas... hahaha padan muka
akhirnya aku berjaya melibatkan dioarng semua........

asal audit datang mesti kemas...asal audit je kemas.......

tapiiiiiiiii ...

sia datang audit SPS je........... padan muka!!!!
penat kemas............
tu la nasib orang malas.......hehehe

nasib baik audit dah balik......dah le jenis suka pakai selipar jepang je.....
ok ... nak layan facebook lak....... cau dulu.

Tuesday, November 3, 2009

kepergian

Bosannya hari ni

ketandusan idea

dah le lambat bangun

nasib baikk nak g melawat org meninggal

kalo tak punch card merah lagi

kuatnya lagu Titanic di seberang sana... siapa pasang tu????

nasib baik lagu sedap tak per

ari ni insaf skit ..tak pasang lagu.....
hormat pada jenazah tadi.......
agak sedih jugak.......
isteri dia sampai pengsan....
terlalu sedih.... ye la suami.......
Actually anak dia jaga anak aku dulu...
kadang2 tinggal dgn dia.....

kalo aku pun belum tentu dapat terima kenyataan.........
Tapi apakan daya yang pergi takkan Kembali.....



Tuesday, October 27, 2009

Cuti Tinggal 9 Hari

cuti tinggal sembilan diulangi 9 hari lagi...huhhuhu
banyak lagi perkara nak buat guna cuti tu.....
semalam baru je amik cuti tergempar coz anak demam teruk
... nasib baik la ari ni dah ok skit... lega...........

sebenar planning yang nak guna cuti itu adalah

1. raya haji nak balik kg... tambah plak abg aku nak bertunang lepas raya
2. family day- g cameron - lepas pegi tu mesti penat kan????
3. Abah mertua ajak pergi sarawak .... (kena kumpul duit ni....)
4. The balance for emergency la....

Kalo korang banyak cuti bole bagi tak ????
apa punya soalan daaaa???
kalo la bole kan seronok hidup ini.......

cuti korang banyak lagi ker?????



Wednesday, October 21, 2009

TEMPAT KENANGAN AKU yang kelako

Sebenarnya aku pun tak tau kelako ke tak...pasal aku tak reti nak cite... korang baca je la.


1. Longkang depan rumah
-masa tu baru nak try bawak motor , terpulas laju then terus masuk longkang ( agak besar
gak longkang tu) nasib baik tak ada apa yang patah. Sampai skang tak berani bawak motor.

2. Kat Sekolah
- Terjatuh dari kerusi, masa tu nak duduk tersalah parking then terjatuh, budak2 kelas
gelakkan aku., masa tu darjah 6. kelas tu paling hujung sekali.

3. Kat sekolah rendah, Selepas maghrib
- Kat sekolah memang nakal, kebetulan lepas maghrib ada kelas tambahan utk UPSR waktu
malam, kawan aku pakai baju kurung masa tu, seorang lagi kawan aku yg nakal tarik kain
kawan aku ni samapi ke bawah nampak betis dia.... sian dia... skang ni "mangsa" kerja kat
pertubuhan peladang.

4. Shampoo rambut jadi pencuci muka
- biasa la berangan lebih.......... huhuhu

5. Kad kuasa jd kad pengenalan.
- biasa la kelam kabut upacara akad nikah, lepas maghrib, aku dengan serabut orang nak
yang nak mekap pakai baju yang dah tak muat (kawin bulan 5 bulan 1 dah booking) , masa
tu diaorang sibuk mintak kad pengenalan, kebetulan masa tu kad kuasa warna biru seakan2
kad pengenalan, tanpa membuang masa aku pun amik la kad tu dalam wallet, tak lama
lepas tu diaorang pulang balik, " baru tahu cucu ada yang jadi penguatkuasa" katanya. Mak
andam pun amik kad tu "ooooo penguatkuasa rupanya".... aku pun segan la "sori2 tak
perasan la". Nasib baik kad kuasa skang dah warna pink... huh.

6. Lepas seminggu kawin then jemputan sebelah rumah hubby aku di muor
Lepas majlis bertandang, esokknya pagi aku monyok, badan sakit2 terutamanya di
pinggang. Masa tu tak terpikir plak orang lain akan pikir benda lain. Masa tu otak masih
"suci" lagi. Aku dgn jujurnya berkata "sakit pinggang la"....... masa tu ada makcik2 dia kat
dapur diaorang senyum2 diaorang cakap " besa la orang dah kawin ni memang badan
sakit2".... dalam hati aku "alamak aku tersalah ckp ker????" smpai skang segan sendiri......



korang jangan gelak tau!!!! jangan..jangan

Monday, October 19, 2009

nasib masing2 siapa yang tahu???

Hari ni aku nak ceritakan kisah2 yang agak mendukacitakan rakan2 dikeliling.

1. Kisah kawan yang juga merangkap 2 pupu aku eksident. Patah tangan dan dedera di dahi. Dia
eksident dgn orang yang merisik bagi pihak sebelah lelaki adiknya suatu masa dulu. On the
way nak bayar roadtax.

2. kisah ke dua , rakan masa kursus pun kereta viva dia kena langgar lari... cermin belakang
pecah..
dah g repair RM 350 abis.. then terus tukar sport rim... 2 days after that ajak dia g jalan sogo
coz ada sale... dah le jam 2 jam... masuk sogo makan2 then shoping la....

Balik dapat surat saman parking DBKL coz parking kat kat line kuning.... yang bestnya dia
bole tgk je minah DBKL tu saman dia...aku tanya la kat mamat tu apasal ko tgk jer?? "aku
tergamam la" katanya.. ish mamat ni..aku ngan member lain dok gelakkan dia.. tp kesian lak
tgk muka dia yg sedih tu... dah la jenis muka kesian... kesian ko dat...
tak cukup dgn itu keretanya penuh ngan tahi burung... parking kat bawah pokok kat sebelah
sogo tu .
aii nasib malang bertimpa2... balik jumpa no plat kereta yang sama 4044 tapi myvi la... ah moi
yg bawak...

3. Yang ni mungkin dugaan dari Allah. Actually akak ni pengasuh anak aku yang mula2 dulu.
Tiap2 kali mengandung kencing manis. Dia pun 12 tahun kahwin baru dapat anak. Anak baru
ni adalah anak ketiga. Mungkin dugaan ini berat buat beliau kerana baby lahir tak cukup
bulan. OKU seumur hidup. Then ada jantung dan buah pinggang then telur baby ada
masalah. tu yng tak berapa pasti sangat coz belum lawat lagi ni.. coz akak ni msg masa tgh
kursus last week.. sedih gak la dgr cite ni... 22. hb 10 ni baby dia kena g IJN.
Terhutang budi dgn beliau coz dulu dia pernah selamatkan anakku alya yang tiba je
pensan.cepat2 dia hantar ke GH.

4. pangasuh anak aku aku msg nak duit advance RM 150 buat duit belanja... tu nasib aku leaa..
gaji bulan depan dah le lambat lagi ni... 25.11.2009 baru dapat lambat lagi tuh....

5. pagi tadi pakcik hubby aku cermin keta pun pecah eksident.... pun mau pinjam RM 250.. Kena
bagi la kesian plak. Orang susah kena tolong.....


Kadang2 kita kena redha apa yang berlaku ketentuan dari Nya( Iman kena kuat) ...... tapi kadang2 manusia alpa dengan apa yang ada... kita tak tahu apa yang mungkin berlaku pada kita... macam gempa bumi yang berlaku di seberang..... semoga hidup kita dijauhkan dari bala bencana dan semoga Allah melindungi diri kita di mana jua kita berada.. Amin.



Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin