SELAMAT JALAN WALID KE NEGERI ABADI
-
23 Februari 2026. Walid kembali ke negeri abadi. Rehatlah walid. Walid dah
banyak berjasa. Rehatlah di sana. Kirimkan salam kami kepada umi.
Walid umpa...
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
apa bekalan akhirat kita....
-
kadang² aku berkesempatan juga mengikuti rancangan seperti dalam gambo
nih......
kita memang patut kerap dengar @ hadir kuliah @ mengingati kematian....ag...
-
Dokumen Lampiran (WAC) Terkini Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan
menguatkuasakan penggunaan ESWIS bagi semua modul yang telah dibangunkan
dalam sistem te...
RINDU
-
*Waktu waktu berlalu*
*aku berteman rindu*
*mencarimu aku tidak jemu*
*moga ada jodoh kita*
*moga akan bertemu nanti*
*moga saat manis itu semakin hampir.*
...
Jom Bercuti di Penang
-
*Salam. *
*Hai korang.. ^__^*
Air Asia banyak membuat promosi tambang murah di serata tempat. Jadi saya
telah membeli tiket penerbangan yang murah tu ke Pu...
Tamat Sadakallahu
-
Hai blog, aku akan kuburkan kau.
Tak, aku tak delete.
Cuma aku nak jadikan kau abandoned.
Memang dah abandoned pun kan?
Heh..
Aku rasa jiwa aku dah tak sesu...
2016..
-
2015 berlalu terasa sekejap jer.. Antara banyak perkara berlaku dalam hidup
aku hanya ada satu jer belum tercapai. Tak payah lar tulis sini.
Hahahaaaa... K...
Salam aidilfitri 2015
-
Assalamualaikum..
Haaachuuw!
Punya banyak debuuu..blog sapaaa la ni..
Hari ni dah Ahad...02.08.2015 tak semena2 saya update blog...sapa laa yg
bising2 H...
P keje selekeh
-
Selesa kalu dapat bergaya cam perempuan lain bila p keje kan...teringin
sangat2..tp rezeki belum ade...kalu dpt peluang nk sgt bergaya ngn sandel
dr Madre...
Rindu tetiba......
-
Tiba-tiba rindu kat umah ni yang hantu kak limah pun xmo jengah kot :-p
....entahla mungkin sebab perasaan bercelaru , nama pun kehidupan,melayan
ragam an...
Ford Fiesta ST 2014
-
[image: Ford Fiesta ST 2014]
Ford Fiesta ST 2014 pictures and wallpapers
[image: Ford Fiesta ST 2014]
[image: Ford Fiesta ST 2014]
[image: Ford Fiesta S...
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI
-
Assalamualaikum Hampir genap setahun membiarkan blog ini sepi
sendirian…..kali terakhir entri dimuatkan adalah ketika Ramadhan yang
lalu…kini Ramadhan kemb...
~ TAUBAT ~
-
Alhamdulillah hari ni sempat dgr Al Zikra di KLFM... berkisar tentang
TAUBAT... kata Ustaz setiap kali manusia melakukan maksiat/dosa, satu titik
hitam aka...
MenYepi TaNpa BeriTa
-
Salam sume..
ermm da bebulan2 blog i ni bersarang kn?
huhu..almaklum jela i ni hanya part time blogger
amik kesempatan gune pc & line tenet opis
bl da tuka...
Alahai Member Office Ku
-
Tengok lah dia orang ni kalau bab bergambar no.1, nak memperagakan t-shirt
baru company bagi waktu family itu hari..hehehehe..Kalau Friday company
ki...
salam semua.......emm baru dapat layan blog... bz today... ada course kat bangi sampai hari jumaat... pening lagi kepala den kena belajar sains kimia,fizik....... nasib baik pegi ngan bos. ok la skit ader geng la skit buat tidur opps bukan tidur "bersama". katil lain2 huk2 oppss jagan salah faham lagi my bos is women.. ader la teman nak gurau, nak berbual, nak discuss, ni pun terpaksa bawak balik assigment besok kena hantar....
anak?????
anak kat kg muor, umah mak mertua coz hubby keje syif petang.
Suami??
pandai2 la jaga diri ye sayang, jumaat nanti balik ye......
Suka sgt ngan dia ni... cantik sangat. Imej pun baik. Dia merupakan salah seorang yang memperjuangkan alam sekitar. Kalau dapat baby mesti comel kan??? Tengok gambar kat bawah memang perfect.
salam semua... penat ni baru balik dari keje luar.....4 premis hari ni aku lawat 5 termasuk jabatan kimia. keadaan di luar sana panas terik... perut lapar ni... kirim je dgn si mai nasi goreng ayam tanpa telur huhuu.
sebenarnya bukan la nak cite pasal biskut ni sgt pun.. dah tak de entry nak buat........biskut ni sedap tau balik je letak sampel basuh tangan kat toilet then cari biskut ni dalam beg cari gunting then makan.........sedappppp... rasa penut butter + cornflake .Ranguppp... sapa yang suka makan biskut ala2 kacang ni bole la cari cap pari2 ada jual kat tesco melaka.... tesco lain den tak tau la plak... ok till then. bye
CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.
Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.
Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.
Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya."
Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami turut kehendak isteri.
Anak derhaka kepada ibunya.
Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
Suara ditinggikan di dalam masjid.
Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
Artis jadi pujaan.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)
salam sumua.... aku baru balik dari keje luar ni on komputer terus tgk blog... ada jambu depan mata belum makan lagi... satu gelas air kelapa dah abis aku minum... (panjangnya mukadimah ...huhuhu)
akceli aku nak cite kisah semalam.... kena berak2 muntah2 coz banyak sgt makan kerang rebus.. dah pagi tu terpaksa amik mc...kebetulan tu plak hp kena block call opis guna public phone.. terlupa lak semalam ader meeting nasib baik la diaorg jumpa data atas meje aku... pandai gak diaorang cari atas meja aku yang bersepah tu... padan muka diaorg huhuhu..sekali sekala kena dera apa salahnya...
berbalik pada kisah gempa bumi semalam.... petang semalam aku baring mengiring atas sofa sambil tgk tv besa la madam tgh sakit... mual2 loya kepala pening (tak pregnant la ramai yang salah anggap) pastu elok tgh tgk tv sambil mengiring tiba2 badan aku mcam digoyang2 rasa macam ada orang tolak badan nak jatuh ke bawah... pastu tanya husband ada rasa goyang2 tak? 3-4x tanya ni tak puas hati ( kebetulan dia tgh cat dapur masa tu) " mana ada awak tu yang pening sebab tu la rasa macam tu "
Biasa kalo ada gempa aku akan tgk lampu gantung kat meja makan tapi kebetulan pasang kipas jadi lampu tu memang ada gerakan so tak dapat la tgk bezanya...
malam tu tgk berita baru la dia tersengih.. tu la cakap bini tak mau dengar... huh nasib baik la bukan kat Malaysia ... Ya Allah jauhkan la malapetaka tu... kesian orang2 kat indon sana.
today first day naik opis after raya... tak berapa sihat kepala pening... kena selsema. tekak sakit ni... nak drive tengah hari pun tak boleh terlampau panas kat luar... sunglases pecah anak kerjakan. dok je kat opis .. yang ado pun ada la spoluh orang ... tapi masing2 g sembahyang jumaat layan je la internet... membebel je la keje aku... nak cakap banyak tak boleh tengah sengau nii huhuhu
hari ni opis lengang...... kebanyakan diaorg dah cuti semalam.... Tinggal beberapa kerat je orang melaka kat sini.... yang jauh besa la awal2 lagi dah mintak cuti
aku??? emmm besa la balik umah mak mertua lewat2 sikit pun tak pe.... ala dekat je bukit gambir, muor...
Kuih raya???? tadi lepas sahur dah masukkan kuih raya dalam bekas.... mana tahu kot balik raya ada pulak nak datang beraya.
Duit raya??? emmm separuh dah masuk sampul and separuh lagi belum....
Baju raya ??? Baru basuh dah sidai kat luar umah, tapi pagi ni hujan... terkena tempias la nampaknya pasal umah sebelah tak der awning(betul ke eja awning nih???)
Kasut Raya ??? Belum beli lagi baik anak baik aku... tak sempat la... dulu nak beli awal2 takut nak bawak anak keluar pasal H1N1.
nampak gayanya kena keje 1/2 hari le baju lum packing.. petang kang nak berbuka kat umah mertua.
senarai keperluan nak bawak balik:
1. Of Course la baju raya 2. susu anak 3. pampers anak 4. duit raya 5. barang mandian 6. Tuala mandi 7. baju basahan 8. kuih raya untuk umah mak dan mak mertua (kek kukus order kat makcik sebelah umah RM 40 seketul besar) 9. Baju raya mak, abah, tuk, adik (umah mak mertua dah bagi) 10. bakul utk baju kotor 11. Bunga api hehehe (husband punya) 12. Kerongsang dan kopiah
emm sebelum balik nak pastikan;
1. semua suis bertutup 2. nak cabut kepala wayar dapur gas 3. nak beli mangga pintu 4. nak clearkan peti sejuk tapi tak bole matikan course ada kek lapis 5. Nak basuh kain lap
dah siap semua diatas baru la boleh balik. Kepada semua saya Ucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin.