Monday, July 13, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

emm menarik gak tajuk ni...

kadang 2 kita tak pasti mengenai diri kita..

sendiri empunya badan pun konpius....

ape kata kita telek sikit2 la....





1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala

pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih

arah bila terasa tidak wujud keserasian.


2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal

cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali

kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.


3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan

cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan

apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.






4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata

hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang

kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

( nie ke sifat aku???)


5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri

kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu

sayangi. (hubby aku???)


6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila

ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi

perkara penting selain cinta.




7hb. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak

berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal

percintaan. Kamu ni pemilih sangat!


8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu

nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!


9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata

orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang

’setaraf’ juga.


10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga

daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar.

Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!


11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu

seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun,

tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut

peraturan?????


12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen,

selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat

padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!


13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai

ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan

tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.


14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu

tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan

adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!


15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba.

Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca

pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan ‘last

minutes’.


16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya…. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula

kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu.

Cuba kawal sikit.


17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap

penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.


18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih

suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam

perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.


19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah

menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan

sebelum menjadi serius.


20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering

timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya

tengok dulu kemampuan si dia!!!


21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil mudah’

terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada

perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.


22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai

impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan

rasa’ selamat’ bila berada di sampingnya.


23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu.

Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia.

Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.


24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu

terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.


25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi

pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak

mencuba, bagaimana nak tau kan?????


26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang

dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!


27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu

sendiri. Tak baik wasangka !!!!


28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun

kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa

disedari.


29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak

puas hati dengan apa yang kamu miliki.


30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana

kamu sukar untuk beralah!!!!


31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu

miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!













JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI
Berfikiran abstarak
Sukakanbenda yang reality dan abstarak
Inteligent, bijak dan genius
berpersonality yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi



MAC
Berpersonality menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
lelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.


APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
Berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
Keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya hayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak ppunya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros





JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lamabt sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya




JULAI (aku disini)
seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri ( bangga tu....)
tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sanagat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajarsuka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disanyangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja ( yg ni konpius sikit... huhuhu)

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhada orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka meminpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik



OKTOBER
suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangata menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera dan seni
pengasih, penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER (my Hubby)
banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangata tinggi
benci pada kongkongan

No comments:

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin