Friday, July 10, 2009

Masih dalam Keadaan sedih

Rabu yang lalu hubby aku kehilangan anak sepupunya. Aku turut merasainya. Pukul 7 pg Rabu yang lalu aku mendapat panggilan telefon dari hubby mengatakan shasha dah meninggal. begitu terkejut aku, tersentap rasa hati ini.... mandi sambil teresak2 ... sederas2 air di shower..deras lagi air mataku...
kenapa aku terasa sgt kehilangannya???


Meninggal mengejut
beliau berumur 8 tahun
meninggal dalam tidur
rapat dengan keluarga kami
rapat dengan anak2 ku
kalo datang rumah dia mesti nak main dengan anak2 aku
baru 2 minggu lepas buat family day kat rumah neneknya sambil buat tahlil sekali, ketika tu hubby mengambil gambar dia bermain dengan anak2 aku,
ada gak kenangan dgn arwah
Arwah baru sahaja habis khatam Quran
mempunyai 2 orang adik beradik
sekarang tinggal adiknya seorang berumur 4 tahun
Arwah terpaksa menjalani post mortem utk mengetahui punca sebenar.
Hasilnya didapati ada salur darah tersumbat (jantung)
baru la family tahu dia ade sakit jantung. walhal selama ini sihat walafiat.
Jenazah dibawa kerumah utk disembahyangkan.
Betapa Allah itu Maha Kuasa Maha Menyayangi
Jenazah seperti orang dalam keadaan tidur. cantik mukanya......
Semoga Rohnya sejahtera dan berada di kalangan orang2 yang Beriman.
air mataku tak tertahan lagi melihat ibunya meraung... tak dapat menerima kenyataan itu
Ku memahami keadaanya itu.

..Kerna pernah terjadi padaku dulu...bila keadaan anak sulungku 50/50 semasa berumur 9 bulan bertarung 10 hari ICU Pedriatik HKL.Ketika itu pula aku mengandung 3 bulan. Alhamdullillah berkat sembahyang hajat orang kampung dan nazar Ibuku Allah telah memakbulkan doa2 kami... Ibuku telah bernazar menyembelih seekor kambing dan telah menunaikannya.. Dan anakku sekarang semakin nakal......

Aku terkenangkan Arwah pak cik aku pun meninggal dalam tidur dipagi hari Raya Puasa. Itu menambahkan lagi rasa sebakku.

Al Fatihah Buat Arwah.... Semoga Roh nya Dicuri Rahmat dan letakkan bersama-sama orang beriman.Amin.



No comments:

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin